D'Owner! welcome to my blog ... just a simple blog posting anything that can be share to friends... enjoy reading my blog ... and share with your friends..
| BANGKITLAH WAHAI SAHABAT ! KISAS? SMAP? MAAHAD? MADRASAH? KUIS? PONDOK? TAHFIZ? SBPI? Apa yang istimewanya dengan sekolah agama ni? Apa bezanya dengan sekolah-sekolah yang lain? Hebat sangat ke ilmu agama budak-budak sekolah agama ni? Apabila kita dapat tau yang seseorang itu dahulunya bersekolah agama atau mahasiswa mahasiswi pengajian Islam ataupun ahli gerakan Islam, dalam pendirian, terjaga muamalatnya, tidak terabai ibadahnya dan macam-macam lagi perkara yang baik-baik. Tapi adakah pendapat-pendapat sebegitu masih relevan pada masa ini? Budak agama sepatutnya menjadi contoh dan tempat rujukan kepada masyarakat JANGAN JADI FITNAH KEPADA ISLAM!! “Ah, dulu kat sekolah lain. Aku pakai tudung labuh pon sebab dah memang peraturan sekolah camtu. Aku pon ikut je la. Mase zaman sekolah dulu pon, pakai tudung labuh mase kat sekolah je. Kat luar, aku pakai tudung biase2 je” “Ala, sekati la nak couple pon. Mase kat sekolah dulu tak dapat buat sebab takde org berani couple kat sekolah agama(ye ke??). Sekarang ni, kita bukan kat sekolah agama" “Wei, please la. Aku tak nak jadi hipokrit ok. Inilah diri aku yang sebenar. Aku rase, aku lagi baik dari dorang yang kononnye berlagak alim(perasan je). Alim-alim kucing je tu. Takde maknenye Nah!! Lantang betul mereka bersuara mempertahankan diri masing-masing dengan hujah-hujah yang sememangnya rapuh. Adakah Islam itu hanya berkuatkuasa di dalam sekolah sahaja? Bila di luar sekolah, Islam diketepikan? Sedangkan Islam itu sesuai dilaksanakan di mana-mana sahaja. Islam itu adalah sebagai addin(cara hidup) kita walau di mana mana sahaja kita berada. Janganlah ketepikan hukum-hukum Allah itu. Takut-takut Nauzubillahi min zalik… Hebat sangatkah kita sampai berani bermain-main dengan hukum Allah. Sebab itu, Islam sahajalah yang mampu memenuhi keperluan manusia; baik sebagai individu, mahupun kelompok, baik dalam urusan pimpinan mahupun perundangan. Allah Subhanahu Wata’ala berfirman dalam surah “Itulah corak(celupan) Allah, maka siapakah yang Hipokritkah orang yang ingin mengamalkan Islam? Islam itu fitrah. yang ingin mengamalkan Islam (walaupun dulunya dia fasik) Sungguh dangkal fikiran orang-orang yang mengatakan sebegitu rupa. Saya hanya membawa beberapa contoh sahaja. Realitinya, memang ramai budak agama yang berperangai seperti ini. Anda sendiri mungkin pernah terserempak / berbual / berkawan / berjalan dengan insan-insan sebegini juga,kan?? Jika budak agama bercouple, maka orang lain akan anggap yang bercouple itu dibenarkan. Jika budak agama menyanyi di atas pentas sambil menari berpegangan tangan dengan yang bukan mahram, maka lihatlah kesannya nanti. FITNAH KEPADA ISLAM!! Jadi, kepada budak-budak agama atau pun tidak dan INGAT ! ALLAH MAHA PENGAMPUN MAHA PENYAYANG |